Tulang lembu
Salam
Kalau ibu memasak sup lembu special … sedap sungguh rasanya. Kerana masakan ibulah masakan pertama kita belajar merasa sejak dahulu kanak kanak lagi hinggalah sampai sekarang. Yes masakan ibu terbaik punya!
2) Selepas semua sup di makan/ dihirup / digunakan untuk cicah dgn roti benggali janggut puteh .. semua akan menjadi tulang yang berlongggok di atas meja makan/ di ruang dapur. Kutiplah dia.
Jangan buang begitu sahaja anak-anakku, ingat ..kat luar sana .. banyak lagi kucing / anjing yg berkeliaran mundar dan mandir di taman perumahan kita ini. Reserve lah tulang tulang itu kepada mereka. Itupun sedekah jugak. Tak payah masuk duit RM6 ke dalam tabung masjid sahaja.. lempar/ menyediakan makanan kpd binatang-binatang pun ..satu bentuk amalan sedeqah jugak.
Tak ingat kau? seorang pelacur .. di zaman Rasulullah .. walaupun dia hidup penuh dgn dosa.. satu amalan dia buat .. memberi minuman kat anjing yg tersangat haus dahaga di padang pasir pun .. dari selipar khas nya pun .. sehinggakan Allah cukuplah suka . amalan baik ini.. maka Allah ampunkan semua dosanya. See?
3) so tulang pun .. Allah akan kira juga. Apatah lagi .. point point berita/ ilmu yg mana kita rasa tak penting sangat kpd kita tetapi .. manalah tahu .. point point penulisan ini .. manalah tahu ..membuka sedikit pintu hati pembaca ..untuk berubah dari alam malas beramal kepada satu alam rajin beramal beransur-ansur .. ..dan terus mendapat ..ikhsan dan kasih sayang dari Allah Taala jua.
Muga-muga amalan baik kita panjangkan kpd sahabat sahabat yg lain.
Walllhu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/tulang-lembu.html