tulis mudah mudah


Update terakhir:

Salam

Cikgu Ariffin Tg Mahmood Primary School, Besut 1970 pernah mengajar petua menulis.

Beginilah seingat saya.


Tajuk
Point 1,2,3
Huraikan sedikit.
Jgn takut. Buat penutup.

Contoh.

Orang melayu khawin.
Ramai ibu bapa mahu pasangan anaknya orang setaraf dan setanding.
Bukan calang calang orang boleh naik rumah mereka. ( DULU rumah melayu bertangga tinggi).

Huraian

Jika anaknya ada degree UM , mak bapak hendak pasangan itu setaraflah dari Ukm, Upm, Usm begitulah nor?

Ini pun agama islam galakkan. Sekufu. Dia faham engkau dan engkau pun faham pasal dia.
Jika tak sekufu, payah nanti.
Awak orang akademik. Buat research hingga larut larut malam. Hari sabtu pun ke makmal juga.
Jika istrri orang susah, payah hendak faham. Nanti isteri sangka bukan bukan mengapa kerja malam malam dan juga hari cuti hujung minggu pun suaminya brkerja.

PEnutup
Memandangkan ibu bapa sudah banyak membelanjakan wang padi mereka demi pendidikan mu, eloklah si anak  mendengar cakapnya.  Ambik hati ibu bapa. Jika ibubapa redha, engkau jugalah yg senang.

Sekian. Jangan lawan kata mereka contoh khawin budak Iranlah, Yemenlah.

p/s  sekarang rumah teres 2 tingkat pun rm300k hingga rm400k di Kota Bharu, Kelantan.
ibu bapa melayu jika boleh mahu tidur dalam bilik berhawa dingin. Ini semua duit. Begitulah stail penulisan. Tulis mudah mudah bagi semua orang faham. Lagipun iran ini mempunyai pengikut syiah.  Binggung kau nanti bila umur sudah 45, saiz badan dah naik dan anak 6 di Tehran. Ingat itu siswi2 melayu ku semua.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/tulis-mudah-mudah.html