Tunggu sekejap tuan dan puan
Salam
Minggu - minggu lalu saya terbaca satu article dari akhbar STAR mengenai kesan tindakan kita yang membabi buta. Penulis artikel (kalau tak silap org cina/ india jer ) itu memberi beberapa contoh. Di sini saya senaraikan seperti:
(i) marah kepada pasangan hidup - bercerai - bunuh membunuh
(ii) ambik pinjaman bank tanpa usul periksa terlebih dahulu. Hutang bank .. pakai lawyers. Jadi nak batalkan pinjaman bukan satu benda yang mudah. Kesannya .. kita akan tanggung bertahun-tahun lamanya. Sebelum dibuat pinjaman .. kita rasa pelaburan membeli rumah di satu kawasan perumahan mempunyai prospek ‘EMAS’ .. tetapi disebabkan politik tanah air yg tidak menentu .. kawasan rumah kita tiba-tiba dikelilingi oleh lebuh raya dan jalanraya federal .. oleh yg demikian siapa nak sewa kat rumah baru kita itu. See? pelaburan yg merugikan!
(iii) sign dokumen itu dan ini. Kadang-kadang kita tak faham pun isi kandungan dokumen itu ..tetapi disebabkan malu mata dekat geng ..kita pakai siggn saja sebagai penjamin kedua dan jadi saksi pulak itu. Kesan .. kita juga yg rugi dan sengsara.
(iv) kawin dengan pasangan luar negara/ luar negeri contoh Malaysia lwn Bangladesh ; Kelantan lwn Sabah; Kelantan lwn Surabaya, Indonesia
Ini pun satu isu besar juga, memang musim bercinta segalanya indah. Hero kulit manggis pun nampak macam kulit James Bond jer. Hidung heroin Indon nampak macam hidung Hemma Malini jer atau Erra Fazeraa jer.. Musim kita muda ..jarak antara kampung kita Pasir Puteh dengan Kudat , Sabah ..macam 100 meter jer jauhnya. Tetapi kalau kau fikir baik baik (beri tempoh masa 1 -3 minggu ; 1-3 bulan untuk berfikir baik-baik dalam keadaan tenang dan relax) ..maka kau akan tahu..jarak itu terlalu jauh untuk mak ayah kau nak berkenalan rapat dengan Tok Besan dia. Tak kasihan kau? .. Ayah kau itu dah lah .. gi mari gi mari bawak wayar dari lubang hidung dan dari lubang dubur ..setiap kali musim raya datang menjelma. Bila kau dah masuk zon umur 35 - 45 - 55 tahun ..barulah kau tahu ..jarak Kelantan dan Sabah itu tersangatlah jauh .. jika ada pergaduhan ..payah nak cari orang tengah adik oooi. Anda juga yg rugi. So bertenanglah. Dalam kitab Al-Mukminun (karangan Imam Ghazali rah.a) mintak kita buat sembahyang istikharah .. tetapi trend zaman lani .. ialah .. dalam doa sembahyang istikharah itu ..kita dah pasang keputusan akhir dah mulai dari sembahyang pada tahap pertama lagi .. AKU NAK KAT DIO jugok abah mama ..hidup / mati. So mana ada petunjuk dari Illahi?
(v) cepat percaya kat orang yg baru dikenali . - contoh ada amoi tua (umur 45 - 55 tahun ) kena tipu oleh Awang Hitam (Nigeria) .. habis segala simpanan dibawa lari oleh oleh si Awang HItam ini. Berhati-hati plz?
Oleh itu .. penulis artikel itu menasihatkan kita supaya .. cuba try sabar sedikit/ beri tempoh kita leh berfikir sedikit / biar tempoh berfikir itu bukan 1-3 hari ..buatlah masa berfikir itu ..dalam masa 1 - 3 bulan.
Berkenaan dgn marah dan terus mencerai pasangan hidup .. Saya rasa bagus ..sangat kita berhati-hati ..cuba buat apa yg Nabi Muhammad s.a.w anjurkan ..iaitu duduk sekejap atas lantai, mandi dahulu .. dan baru ..berbincang secara gentelmanng (laugh) dgn pasangan kita itu. Insyallah rumahtangga kita akan selamat. Anak-anak kita pun selamat dari huru-hara yang tak tahu titik penghujungnya.
Sekian. Saya sampaikan kepada kalian muga-muga kalian selamat dari semua pancaroba hidup yg semakin tension dan elak tuan/puan dari mati mengejut. p/s: Tahu tak ada wanita Thailand ..sudah ada lakinya kat Hadyai sana ..so kau berkhawin dgn dio tu di Sungai Golok ..kau adalah laki dio yg kedua lah .. payah mak oii.. Jika sesetengah org lelaki tak peduli hukum agama .. kau ingat ada ker (ramai sangat lagi ker lagi ) org-org perempuan ikut kesemua hukum hakam agama islam? Fikir fikir adik. Kau akan tertipu hidup-hhidup dgn minah siam/ kembojo / indong !
Wallahu aklam. Bawa bertenang .. jgn cepat buat keputusan dalam semua urusan hidup dunia dan akhirat.
SElamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Bathin.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/tunggu-sekejap-tuan-dan-puan.html