Tunggu solat asar di opis


Update terakhir:


Salam. Saya membaca IEEE paper students bawah penyeliaan PSM saya. Dah 2 semester mereka bekerja keras menyiapkan PSM - projek sarjana muda. Sekarang saya sedang menanti 2 buah laporan IEEE lagi dari Cik Azlizam dan Cik Hidayat. tak datang-datang juga walaupun tarikh hantar adalah hari ini. jam 0100 tengah hari. Entahlah ..pelajar-pelajar ini. Lagi dipaksa, lagi sakit jantung saya. So baik buat relax jer. Pandai-pandai kau lah. Sekarang azan asar sudah dilaungkan. Sebagai insan bergelar lelaki saya tidak ada sebab tidak mengikut serta sembahyang berjamaah. Mungkin kami akan ambil masa 30 minit untuk mengerjakan suruhan paling penting dari ROBB Tuhan sekalian alam ini. TUhan yang memberikan kita modal otak yang baik, kesihatan yang baik dan sejahtera… apa lah salahnya kita pergi ikut serta dengan technicians komputer Apiz, Daud, Jeff .. bersembahyang berjamaah. 27 kali ganda dibandingkan dengan sembahyang berseorangan. Insyallah selepas sembahyang kita sambung lagilah kerja ni sehingga jam 0600 ptg ker .. ok kan? Sekarang jangan berkira sangat dengan amalan-amalan agama ini. Lagipun Allah yang memberikan kita semua ini. Usia, umur, tenaga, kesihatan, kecantikan, kekayaan, kepandaian bekerja di sebuah universiti di Malaysia dan lain-lain lagi. Jom mari kito gi semayang. Stop talking. they are all waiting for me. Mau? TQ. wallahuu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/tunggu-solat-asar-di-opis.html