Ucapan takziah kepada rakyat Jepun


Update terakhir:

Salam

Hancur Jepun. Kasihan rakyat Jepun. Diserang ombak besar Tsunami dari Lautan Pasifik. Semua berkecai. Segala pokok tumbang, tebing pantai yang dahulunya penuh dengan kapal dan rumah-rumah kediaman, kilang-kilang industri, kenderaan mundar mandir, kanak-kanak dan rakyat jelata yang sibuk dengan tugasan harian ..semua musnah dengan sekelip mata. Begitulah ..cukup menyayat mata .. cukup syahdu .. kita sebagai orang tua yang mempunyai anak-anak yang sedang mengikuti kursus di Universiti Jepun. Tertanya-tanya kita ..selamatkah anakku itu?

Jika rakyat Jepun menangis meraung-raung mencari anak-anak kesayangan nya .. begitu juga kita .. sudah pasti tak boleh lari ..sama-sama meratapi ..pemergian orang-orang kesayangan kita. Bayangkan ..ombak pertama ..kedua ..membadai sebuah bas .. yang mana di dalamnya anak kita yang sedang menumpang bersama-sama menuju ke kuliah di Universiti Jepun. Rasa-rasanya tidak mampu saya menulis apa-apa. Semua kudrat Allah. Dia menghidupkan kita dan dia jugalah yang mematikan kita pada bila-bila masa.

Oleh itu, tidak lewat jika kita sama-sama mengutus ucapan takziah kepada kawan-kawan kita di sana ..tanpa kita menghiraukan warna kulit dan bangsa. Penderitaan mereka adalah penderitaan kita juga di Malaysia. Sekarang harga ayam sudah melambung RM8.40 sekilo.

Mungkin ini ..kesan tsunami di Jepun. Semua anak-anak ayam di pasaran global tiba-tiba ditenggelami oleh ombak yang terlalu besar. Setinggi pokok kelapa. Bayangkan kemurkaan Allah apabila DIA menghantarkan dinding-dinding ombak besar dan ganas menghancurkan kita. Manusia?

Bertaubatlah tuan/puan. Yang sudah itu sudahlah. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. jangan kita bertaubat di kala nyawa kita sedang direntap ganas oleh malaikat dalam timbunan pasir pantai yang kelat-hitam (bercampur lumpur) dibawa ombak tsunami menghempap kita anak beranak, suku sakat dan semua kita yang saling ada kaitan saudara. Jika Sendai kena, Acheh kena .. tidak mungkinkah pantai-pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diserang tsunami pada satu masa nanti? .. ohhsss .. mahukah kita merasai itu semua? Ayuh. Bertaubat nasuhalah kita.

Ya Allah lindungi kami .. sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri ..

Ampunilah kami.

Wasalam.

Bertaubatlah kalian semua.

Allah Hu Akbar.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/03/ucapan-takziah-kepada-rakyat-jepun.html