Ucaplah sesuatu ..


Update terakhir:

Salam Bila kita mendengar jiran rumah kita berjaya ..ucapkanlah tahniah. Bila kita mendengar jiran rumah kita ‘gagal dlm bisnes’ ..ucapkanlah .. sabar Puan/ Tuan. Kita kena kemaskan cara perniagaan itu. 2) Ucapan manis seperti tahniah .. bukan kena bayar apa apa pun. Semua tak kena bayar. Ini datang dari hati orang yg bagus, gembira dan mulia. Kadang-kadang sesetengah ahli masyarakat kita payah nak beri ucapan begini. Entah saya pun tak tahu .. mungkin tak ada perkataan ini dlm sanubarinya kot. Kasihan bukan? 3) Kalau istilah lain ..semua tahu … tak kanlah istilah tahniah ini pun tak tahu? ajaibnya makhluk tuhan ini. 4) Kadang kadang …perkataan ini ..mampu mengawal perasaan marah seseorang. Contoh kita ucapkan tahniah kpd isteri yg baru siap memasak laksa penang. Tahniah ..kerana dia berjaya jugak ..akhirnya ..menyediakan hidangan laksa penang kpd keluarganya ..yg serba serbi sibuk sejak isnin hinggalah ke jumaat petang. 4) Jika kita seorang guru .. apa salahnya kita ucapkan ..tahniah kpd murid kita yg slow tetapi terus mencuba menyelesaikan masalah matematik topik teorem phytogoras. Tahniah kerana dia tak cepat putus asa. Saya perhatikan .. ada guru gru yg pilih pilih murid nak ucapkan tahniah ini di dalam kelas PnP nya. Sebenarnya ..kata kata tahniah .. besar ertinya dalam jiwa seorang pelajar. Mengapa ? Mulut guru ..senang mengucapkan tahniah dibandingkan ibu bapa nya di kampung yg tidak bersekolah tinggi ..apa apa pun. Jika mulut guru pun ..berat nak ucapkan perkataan mulia ini ..bayangkanlah .. produk guru ini 5 hingga 10 tahun yg akan datang. Saya banyak belajar ..ilmu thankyou ..congratulations dari guru guru GCE A Levels saya di Grantham, England. Walaupun mereka tidak ada tazkirah apa apa pun .. disebabkan budaya mereka penuh dgn thank you/ congratulations / thats really great … masyarakat mereka berjaya mencipta macam macam produk untuk faedah orang islam di seluruh dunia. Sepatutnya kita merasa malu kpd diri sendiri .. kerana lokek mengamalkan .. memberi ucapan tahniah dan terima kasihdi antara kita semua .. Cuba amalkan ..benda benda alah ini .. satu hari anda akan lihat betapa seronok hidup dlm keluarga yg kita ada ini. 5) Di kampung saya … disebabkan saya orang melayu kelate .. walaupun saya kerap makan minum di satu restoran .. bila saya membayar tunai ..berkali kali pun .. payah betul nak dengar pak chik dan mak chik mengucapkan .. terima kasih cikgu. Datang lagi cikgu. Kita membuat andaian ..pelanggan tetap ini akan terus datang .. untuk selama lamanya ..selagi ada lapar dlm hidupnya. Begitu juga ..perkataan maaf ..cikgu. Kuah dal tu basi sikit tu. Maaf cikgu .. kerusi ada basah sikit tu. Pendek kata .. orang melayu zaman la ni ..tersangatlah payah nak ucapkan perkataan tahniah , terima kasih deh..dan maaf banyak banyak lah ..tak sengaja tu. Jika dibandingkan dgn kata kata lain .. seperti binggung mu .. nate mu .. saya rasa … kalau kita buat graf taburan normal , nilai purata graf normal ini ..berat ke arah kiri jauh jauhh..bermakna … jiwa kita ada kotorlah. mulut busuk .. tok nenek saya kato. Bukan itu sahaja .. mulut busuk / kedekut ..semua ada lah. Jom ..org melayu kito. Buatlah sedikit perubahan. Klau orang Kelate / orang Acheh ..tok leh kecek benda benda comel comel sikit ..apalah diharap sangat org orang melayu di tempat lain ..maklumlah ..kelate/ Acheh famous disebut sebut serambi mekoh. Dulu Acheh dihantar bala tsunami. Sekarang mulut org acheh ..comel sikit lah. Kito tunggu org kelate kito pulok .. bilo keno dibersihkan ini? Dulu Ustaz Nik Azih ..dah istihar .. kampung halaman org org kelate ..bilo nok bersih ni.. sapa kor dio habis dgn jawatan MB pun .. ada mu napok .. kawasan sekitar kpg org kelate .. kito comel lote ? ko guanor mu nok kato? Sekian. Marilah kita berubah ..dari sifat kedekut kepada sifat murah hati, rendah diri, tak besar hati ..dan macam macam .. Allah sayang kpd org org yg insaf dan mau ..berubah . Hijrah? Sekian. Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/ucaplah-sesuatu.html