Untung II
Salam
Saya fikir kita beruntung besar jika kita berpuasa dlm keadaan negara berada dalam aman dan tenteram.
Bila ada itu keamanan , dan ketenteraman bolehlah kita:
a) berpuasa
b) menjalankan ibadat puasa sebaik baik mungkin
c) nak sujud lama-lama pun alright di atas permaidani masjid itu..
d) boleh buat ‘open house’ di waktu berbukak puasa setiap hari dan
e) dan lain-lain lagi.
Saya rasa kita bersalah besar jika kita tidak mengucapkan ..tahniah kepada kerajaan kita yg telah melakukan semua benda demi menjamin kesejahteraan kita seperti:
-
menyediakan kemudahan masjid dan surau di seluruh tempat dari R&R kepada sekolah di kawasan kawasan pendalaman.
-
sediakan kemudahan jalanraya , lebuhraya, dewanraya, balairaya, celcom, maxis, digi , U
-
sediakan kemudahan elektrik di kebanyakan tempat dari kota raya ke kampung kampung di pendalaman Sabah dan Serawak
-
sediakan doktor, jururawat, guru, pensyarah IPG, matron, profesor
-
sediakan askar, polis, kastam, imegresen, ranjers, dan
-
sediakan kemudahan untuk saudagar cina dan benggali untuk terus menjual roti, gula, garam sedangkan kaum melayu suka berbelanja sahaja.
-
dan macam macam lagi keuntungan.
Tahniah. Wahai Kerajaan ini. Muga muga tuhan membalas jasa semua yg kalian lakukan tetapi ‘lillah hi taala’.
Saya berkata demikian kerana ..ada negara di dunia ini ..huru hara .. kasihan melihat umat islam berpuasa di sana. Ada yang berjalan atas perut sahaja maklumlah semua tangan dan kaki telah dipotong ..
nak membeli roti tempayan pun susah maklumlah .. peluru dan bedil berterbangan atas kepala ibu dan ayah kita sepanjang masa. Ayam pun sukar nak fokus bertelur secara konsisten dan bahagia
nak sekolah macam mana .. belum habis Teorem Pathagoras di ajar .. sekolah sudah dibedil ..
banyak bangunan hancur dan berkecai termasuk kereta kereta guru mereka .. mana nak cari petrol untuk memandu dari sekolah ke rumah dan ke sekolah semula
Tapi .. peliknya ..dalam keadaan negara Pelestin huru hara ..team bolasepak depa boleh kalahkan pasukan bola sepak negara Malaysia yg sentiasa ada McD, KFC, Pizza Huts dan mcm mcm lagi dengan skor 6-0. Kenapa hah?
Pelik bin ajaib bukan? malu besar Menteri Sukan dan Kebudayaan Malaysia .. jika dia fikir masak masak ..mengapa ini boleh berlaku.
–
Bila negara aman ..Pak Imam pun senang. Nak kutip zakat pun tak ada masalah. Dia boleh baca surah Al Quraan panjang panjang dari jam 1000 malam hingga jam 1200 mlam .. apa susah? negara ini cukup aman.
Ikut kitab dan al hadith .. bila sembahyang ramai ramai .. eloknya ..imam baca surah pendek pendek maklumlah ada makmum yg uzur .. tetapi mengikut pengamatan saya ramai imam-iman di Kelantan Darul Naim .. membaca surah panjang panjang .. sakit juga ..menahan kencing kalu inilah laghunya bagi pesara polis, tentera dan guru.
Orang perempuan .. relax sikit .. kalau umur mereka masih muda say 30 - 35 tahun .. puasa mereka tak pernah cukup 30 hari disebabkan biologi. Sebab itu mereka enjoy buat kueh spread , crush, biskut kering , kerepek kering dan macam macam .. bukan macam kita orang lelaki ..
nak sakit sikit pun ..kena puasa dulu;
orang tua lelaki .. macam macam mana pun ..wajib berpuasa ..
kecuali terlampau uzur seperti .. kencing tak terurus ..bolehlah tak berpuasa tetapi kena bayar .. fidhyah … ganti rugi ..
orang perempuan tua pun sama juga.
kasihan yer?
Apa apa pun ..saya nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa ini. Anggaplah peluang berpuasa ini ..satu bulan terakhir kita berpuasa. Maklumlah … hujung-hujung bulan Ramadhan nanti kita berlumba-lumba nak balik kampung pulak. Masa itu ..ada orang tak beruntung lagi. Mereka tak sampai kampung asal mereka ..yg mereka jumpa kampung di lain alam pula.
Kalau berdoa .. doakanlah untuk YTAM SP Baginda yg di Pertuan Agung, Raja-raja Melayu kita , pemerintah, menteri menteri kita , guru guru besar kita, dekan dekan masyur kita, pak chik makchik jual apam balik, rambutan, mangga muda, air kelapa , ayam golek, ayam pusing di tepi jalan raya dan juga .. askar kita yg sedang beroperasi di sempadan ..perairan dan macam macam lokasi. Banyak pengorbanan telah dilakukan demi .. untuk melihat negara terus aman dan damai.
Ada universiti itu kan ,, ..la ni ..depa baru start ‘short semester’. Orang lain di U lain , dah tamat peperiksaan ..maka bulan puasa .. mak ayah depa cukup tenang dan selesa ..melihat semua anak dah pulang berpuasa dan berhari-raya ..bukan itu punya U .. time orang orang sibuk nak beraya ..kita kena hantar anak pi ..short sem … depa kata. Dua tiga hari nak raya ..bila semua tiket dah habis .. baru ..nak cuti sekejap ..untuk berhari raya. Bukankah ini satu benda yg menyusahkan? Siapa nak gi ambik anak anak perempuan kito ini? Di samping senang , ada jugok kaum kerabak buat susah .. sakit kepala mak ayah fikir-fikirkan.
Sakit dalam untung dan untung dalam sakit. Semua kita buat.
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/06/untung-ii.html