Untung jadi orang masjid
Salam.
Musim orang cina berhari raya. Kong Hee Fat Choy. Chinese New Year.
2) Apa apa pun perut saya kenyang 2 - 3 malam ini. Orang-orangkampung jemput gi tahlil, majlis akikah dan salawat nabi. Selepas upacara tersebut, kami dijamu makan .. malam ni saya ambik 2 ketul daging kambing .. masakan istemewa kata orang jawa di Parit Raja, Johor ini.
3) Kami dijemput ke rumah orang yg berkenaan ..selepas kami solat isha' berjamaah. Tak sangka saya dapat makan free free 3 malam berturut-turut. Kasihan isteri tunggu di rumah ..mana gi laki aku ni. SElalu pulang lewat .. nak makan sama sama waktu malam. Aghh ..apa leh buat .. ada jemputan orang kampung . jemput saya ke rumah nya. So saya pergilah. Simpan sahajalah makanan itu. esok pagi sarapan saya makan lah masakan u itu. Jgn khuartir.
4) Satu hadith Nabi Muhammad s.a.w. JIka kamu menjaga sembahyang 5 waktu sehari semalam maka rezeki mu terjamin. Kau tak akan susah .. rezeki mu .. Allah yang akan aturkan. Memang benarlah kata-kata nabi ini. Tak payah saya susah-susah payah gi cari makan kat kedai mamak 25 jam itu lagi. SEmua dahh diaturkan oleh Pencipta Sekalian Alam. Dia yang cipta kita. Ada yang gemuk, ada yg kurus. Ada panjang dan ada yg pendek. Ada berkulit cerah., dan ada yg berkulit kelabu macam saya ini. Rezeki semua Allah yang tentukan.
Bukankah senang jika kita jadi orang masjid sahaja? Pagi dan siang kita kerja gomeng .. malam malam hari .. ada jemputan lah itu. Bukankah itu senang dan selesa namanya? tetapi sayang..ramai rakan rakan saya ..tak berapa gemar sembahyang di masjid. Mereka lebih gemar sembahyang sorang sorang diri. Dalam proses sembahyang sorang-sorang diri, dia akan miss ..jemputan ornag kampung .. mengundang dia ke jamuan itu dan ini. Di kampung saya Telipot, Kota Bharu , Kelantan - Pak Imam Muda jika mengepalai .. majlis tahlil // paling rendah “upah"nya ialah RM20 - RM30 semalam. So kalau kena 4 malam seminggu .. geleng-geleng kepalanya kiri dan kanan pun dah sure ada RM80 - RM120. Duit datang mengolek. Kalau sebulan .. RM320 - RM480. Tengok ..rezeki Allah nak kasi. Belum masuk makan minum yg free itu. Ayam percik, roti jala , kuzzi .. , macam macam boleh rasa. Semua tuhan nak berikan jika kita jadi mukmin yg sejati. Itu baru .. baca sedikit sebanyak ayat-ayat suci .. ratip Subhanallah, Alhamdulilah dan Allah Akbar 100 kali .. 100 kali dan 100 kali dan berdoa ..doa.
Belum lagi jika kita buat dakwah ..sedunia siang dan malam/ sepenuh masa. Allah akan kasi kita segala yang ada dalam dunia ini .. seperti apa yg para-para sahabat r.a. memperolehi waktu mereka berjuang menegakkan agama allah di seluruh dunia. Bila itu berlaku, Allah berikan mereka status KHALIFAH untuk seluruh dunia. Dari China ke Afrika.. Sepanyol ke India ..semua Allah bentangkan kepada hamba-hamba yg berjuang mati matian untuk agama islam yg suci. Khazanah minyak yang banyak mencurah-curah di bumi arab, utara afrika ..adalah bukti .. Allah hadiahkan kepada anak anak cucu nabi / para para sahabat .. kerana tok tok nenek depa ..sanggup memberi seluruh nyawa mereka untuk agama. Kurbankan nyawa , masa, perniagaan, hasil kebun tamar .. semata-mata untuk Allah. Bukankah ada terdapat satu ayat Al Quraaan ..mahfumnya “.. sesungguhnya .. Aku dah belikan nyawa kau ..dengan balasan syurga .. mengalir di dalamnya .. sungai sungai dari air madu, .. , “. Allah Akbar! So manusia zaman la ni .boleh lihat betapa mewah Allah berikan kepada rakyat Saudi Arabia , Iran, Iraq, .. , hasil minyak mereka! Bagi orang orang yang boleh berfikir. Kenapa tidak Allah kurniakan minyak petrol ke London, New York, California? Kerana para para sahabat tak sampai ke sana. Jika mereka sampai .. sudah tentu ada minyak bagi rakyat muslim British.
Sekarang bila kita sibuk dengan FB, internet, handset .. (kita lupa membaca Al -Quraan, nak sebut kalimah yang suci pun kita kekurangan masa , kita sibuk merisaukan macam-macam ) bukan dunia yang Allah berikan .. anak kita sendiri diculik orang. Anak dara kita tak mahu ..pulang ke rumah kita lagi. Mengapa? Rumah dah tak ada seri / daya penarik dah Allah cabut dari rumah tangga kita siang dan malam. Dulu kita juga yang sibuk ..bergolok bergadai .. meraikan majils perkhawinan anak kita .. tetapi sayang .. rumah tangga mereka tidak lama bertahan. Mengapa ya?
Oleh itu .. saya menyeru diri saya sendiri dan tuan tuan hamba .. kembalilah kepada amalan amalan agama Islam yg suci. Kita berbaik sesama kita keturunan dan bangsa melayu. Seagama. Dah lah kita gaduh gaduh nak merebut dunia ini bergelar Malaysia. Bukan nya banyak sangat . Pernahkah tuan hamba melihat .. bila seorang dari kita mati .. anak anakpinak mereka masukan segala harta mereka ke dalam lubang kubur itu? Ada? Apa yang mereka bawa? Inspira, Odyssey, Merx, BMW, Rumah Banglo 5 tingkat mereka.. ada mereka bawa tak …ke dalam lubang kubur tersebut? Yang mereka bawa ialah .. sekeping kain putih tidak berjahit. Itu sahaja. Tinggallah segala harta yang selama ini kau sayang dan gilakan sangat .. Bila kita bergaduh sesama kita .. mungkin orang lain / bangsa lain akan ambil alih tampuk pemerintahan negara ini . Mahukah? Allah boleh buat itu semua .. dengan sekelip mata sahaja. Tengok Obama .. Presiden USA. Siapa sangka ..orang berkulit hitam boleh memerintah Amerika Syarikat.. begitu juga satu hari nanti ..orang mata sepet akan tiba-tiba .. ambik semua tampuk pemerintahan negara ini .. maka pada masa itu kaum melayu akan jadi bangsa yg bangsat di negara mereka sendiri. Ingat .. Yugoslavia dan Bosnia .. orang orang islam ramai yang dibunuh secara kejam. Buat sesuatu tuan hamba.
Mahu tidak tuan hamba? Saya sekadar memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan .. bagi orang orang yang ada mata hati.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/untung-jadi-orang-masjid.html