untung kami
Salam
Semalam YB Dato' Mohd Najib Tun Razak datang ke Batu Pahat. Meriah betul rakyat Batu Pahat. Tetapi tak yah ceritalah .. benda ini.. TV3 dah banyak buat liputan lawatan ‘Tunaikan janji’ ke BP. tambah pula dengan berita berita dari akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST. Saya pun ada jugak bawah kemah putih yg besar itu. Semua air cond. Sedap .. makan ice cream, kerepik popular parit raja dan .. aghhhh malah lah .. nak elaborate ..lawatan ini.
-
Now nak tulis lawatan saya ke Kuantan. Hadhir majlis perkahwinan anak Dato' Zahari ( Pengarah JKR Kuantan) dan Datin latifah hanum adnan. Mereka junior saya di Grantahm College England. kami buat GCE ‘A’ Levels tahun 1976 1978. Best kenduri ini kerana ..mereka buat di dalam Dewan Jubli Intan Kuantan. lagi serinya Al Sultan Pahang dan isterinya dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah turut sama mencemar duli .. merenjis .. air mawar ke pasangan pengantin yg bertuah itu. Sama cantik/ sama padan. Maklumlah melayu. Sure padan punya. tak ada hal lah.
-
Tengok kanan tengok kiri , jengok atas jengok bawah .. hebat kawanku ini. main dengan kerabat raja. Penuh protokol. Pasal ..intro sahaja .. 1 jam . Sesi bergambar pun lama jugak. makan nasi minyak .. jam 0900 mlm lebih baru leh makan. Bila line clear .. kami makan betul-betul dgn kawan kami yg seorang lagi .. Wan Zainuddin ( ex-Grantham College). Dengar cerita .. kawanku Prof Dr ramlan dan Prof Dr Faridah , Hajjah Norlina Nan dan suaminya Tn Hj Azlan Awang ada jugak dalam dewan tersebut. sayang kami tak berjumpa mata maklumlah .. kami di tempatkan oleh orang-orang besar pahang .. ke tempat-tempat yg berlainan dalam satu dewan yg sama.. mungkin mengikut kedudukan dan kerabat kalian. Ai say .. saya duduk dalam kawasan gelap jer. Tak apalah aku makan betul-betul punya. Tak yah jaga sangat tahap kesopanan itu. Makan ?
Tetapi satu yg bagus .. jam 1000 malam .. semua dah selesai. Alhamdulilah.
kalah kenduri anak muridku . Puan Farha Ramadhan di putrajaya itu. Mana nak menang .. if Sultan dan Sultanah datang .. majlis perkhawinan . kenangan manis boleh dikenang sampai bila-bila.
TQ so much ..kerana jemputan kalian.
wallahu aklam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/untung-kami.html