waktu petang petang begini


Update terakhir:

Salam

Hari semakin petang.
Tak lama lagi matahari akan tenggelam.
Bila begitu hari sudah malam.

Petangvpetang begini
Aku tengok tengok jari jemari ku.
Tangan dan kaki.
Nampak urat semakin banyak.
Kadang kadang urat hijau pun ada.
Terserlah keluar. Belek belek. Lagi dan lagi.
Apa makna itu?

Senang jer.
Aku semakin tua.  Para pembaca budiman bagaimana?  Masih terus muda ke?
Aghhh..cepat nya masa berlalu.
Aku ambik batu dan ramas ramas batu itu.
Itu teknik kuatkan keupayaan ramasan.
Kena buat selalu.
Ramas batu sungai ni ok
Jangan ramas benda benda lain.  Censored.
Silap ramas kena siku ..bahaya.  Patah tulang rusuk.  Parah?
Nanti saya tunjuk batu putih itu.  Nah  itu dia.

Macam macam batu saya ada.
Ramas boleh.
Pijak kuat kuat pun boleh.
Bagus batu ini.
Dia tak marah.  Ini batu batu sungai.  Bagus pijak batu batu tajam sedikit.  Hilang semua stress dan penyakit ikut tabib cina dari Beijing  sana. Psysiotheraphy?
G

Selepas main batu
Tekan tekan dan ramas ramas secara kuat
Aku bangun dan tengok cermin.
Double check.
Gigi ada lagi kan?
Syukur.
Bila gigi ada, besar maknanya.
Boleh beri ceramah lagi dan lagi. In sya Allah.
Bulan 10 lalu aku diminta beri ceramah pasal sejarah matematika, geogebra. Medan State University. MSU.
Ramai pendengar dari Medan Sumatra ralik mendengar.
Syukur.  Tuhan kasi aku sedikit ilmu
Aku sampaikan terbaik sudahlah.
Ini dipanggil Ucap utama persidangan antarabangsa
Turut berucap profesor dari Thailand, Singapura dan Univ Maling, Indonesia.
Aku tak hebat
Tapi org jemput aku datanglah.
Ok dah kan?  Gambar ku tergantung besar di bandar Medan.  Masya Allah.

Dengan gigi masih ada
Boleh lagi aku kasi bayan
Dakwah tabligh di kampung kampung kawasan Pasir Puteh dan Besut.
Tak perlu ilmu agama terlampau banyak.
Kita sampaikan apa yg kita tahu.  Sampaikan walaupun sepotong ayat.  Pujuk rayu pendengar pasal solat, mencari ilmu agama
Banyak ceritakan kesah para para sahabat.
Ketaqwaan mereka
Kesetiaan mereka kpd nabi muhammad s.a.w.

Perbezaan jelas di sini ialah
Waktu persidangan, dewan persidangan penuh pendengar
Tetapi dalam dakwah tabligh di kampung
tak ramai manusia mahu mendengar.  Sibuk kot?
yg ada org org tua sahaja
yang mahu dan sudi mendengar.  Selepas bayan kita tashkil.
siapa mahu kasi nama?
bila boleh tuan?
berniat sungguh sungguh beri masa, wang, tenaga untuk tolong Agama Allah terus menerus berkembang tanpa surut dan padam.

aku tak kesah  rekod sambutan orang ramai.
memang pasal agama …dia dagang
pada hari ini agama ini dagang
nanti bila pulang ke akhirat pun
urusan agama tetap dagang.
Untung besarlah orang buat bisnes
dengan tuhannya.
Hidupnya
matinya semua tuhan jamin.
Percayalah.

bila check gigi
tak dapat lari check rambut.
sudah banyak rambutku puteh.
apa tanda ini?
jelas aku semakin tua
tetapi jangan risau
Setua tua aku  59 tahun
tak setua Tun M.  91 tahun
he..he..he.. (maaf Tun)

begitulah
pujuk aku pada tubuh aku.
kulit muka semakin berkerut
kadang kadang panas dan bersinar.
mungkin penat niii.

tengok tubuh ikut depan
tengok tubuh ikut tepi
kadang kadang
tak puas hati
tengok perut
dulu buncit sikit
sekarang menipis
tanda entah entah ada penyakit diam diam dalam tubuh.

bahaya kan?
bila cermin bersaiz besar
kita boleh tengok tubuh kita full view
jom tengok cara berjalan.
apa yang terjadi?
ada senget tak?
kalau tiada
aku ok
tapi tak ser  ok  30 tahun dahulu bila
aku kuat bermain bola
di padang bola
peminatku ramai.
sekali aku skor gol
peminat melompat , gembira cukup cukupnya seronok
Sekarang tak skor gol gitu dah
Skor benda lain sikit sikit.  Al hamdulilah.
kalau tak skor langsung
tuhan marah
nabi pun marah.

he..he..he..
banyak lagi benda lain boleh check
untuk itu
aku selalu minta
isteriku .. pasang alat ukur dipanggil rubrik
atau
6 bulan sekali aku pergi mengadap
hospital pakar
check prostat dan check jantungku.
Mahal?

biarkanlah.

duit banyak pun
bukan boleh bawak ke lubang kubur.
bukan?
sekali check RM500
dua kali check RM1000
Setahun 4 kali check
Kos semua RM2000 lah.
ok lah

kasi hati senang
kasi hati isteriku tenang
kasi dia sedar
driver dia masih kuat, strong and mampu sangat untuk
GM
GM
gi mari,  gi mari
shopping Tesco can
shopping Giant can
shopping Mydin lagi lagi can
dan shopping AeOn pun sangat sangatlah Ok
he he he.

hari nak malam
jom berdoa
Allah tolong aku
terima aku buat kerja agama
waktu muda
waktu tua
Sebelum aku di istiharkan dia  tiba tiba mati.

Sekian
Wasallam

P/s
maaf banyak banyak jika
ada salah bahasa dan adab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/03/waktu-petang-petang-begini.html