Warga Emas warga emas kito ni...


Update terakhir:

Salam

Semalam saya berkesempatan menghadhiri Ucapan Perdana Lecture SEries 4/2012 yg disampaikan oleh PM DR Md Yusof Abd Hadi FPTV bertempat di Library termahal, tercantik dan tersergam indah  sekali di Johor ini.

Saya ke sana kerana tengok dari iklan Syarahan PErdana itu akan bermula 1100 pg hingga 1200 tengah hari.

Selepas 1200 tengah hari saya ada kuliah matematik dgn pelajar pelajar saya tahun 1 Ijazah Sains Komputer.

  1.  Jangkaan saya meleset .  Program itu tidak bermula pada jam 1100 pagi pun.  Saya kira lambat benar baru nak start program itu tambahan pula ada acara Pembacaan Doa oleh Imam I Masjid Besar Universiti.  So tengok tengok kat jam hampir 1130 pagi baru lah program itu bermula.

Saya kagum dengan sambutan pensyarah pensyarah ‘warga emas ' di sini .. ramai yang datang.  Tak sangka betul .. walaupun tajuk syarahan tidak nampak gagah mana pun ..  sambutan nya cukup membanggakan.  Maklumlah .. tajuk syarahan   **Kebahagiaan Hidup Warga Emas melalui pembelajaran sepanjang hayat.**Dekan FPTV pun datang, Ketua Penerbit Universiti pun ada ..  ramailah yang ada .. Prof Prof, Prof Madya Prof Madya, Doktor Doktor, Tuan Haji PUan Hajjag , pelajar-pelajar Masters dan PhD FPTV termasuk saya juga pun ada.

  1.  Perkara yang menarik hasil kajian PM Dr Mohd Yusop  ialah -  warga emas ini di mana mana jua lah di negara ini - cepat sungguh terasa hati/  itu sifat orang warga emaslah.

Satu lagi .. warga emas mahu sangat sihat sepanjang masa.  Hati mereka gembira bermain dengan cucu cicit jika ada.

Dalam iklan PETRONAS ..  waktu nak merdeka pun .. ada clip video pasal warga emas cepat terasa hati jika ..  anak anak sendiri buat dia makan malam bersama-sama dengan sang kucing di luar rumah dan bukan bersama-sama sebagai ahli keluarga dalam dewan makan utama dalam sebuah rumah anak sendiri. Miow miow miow..
kena pula pinggan nasi si ayah (warga emas)  sama standard dengan pinggan nasi sang kucing.

Cepat terasa betul orang orang tua kita ini. Sedih juga ..saya menonton clip video itu.  Teringat arwah ayah saya .. atuk saya .. nyang saya .. pada satu masa dahulu .. 30 , 40 tahun yg lalu.  Pinggan itu sama jer dgn pinggan atuk nenek saya zaman dahulu.  Al Fatihah.

  1.  Belum sempat nak ..fikir , renung apa yg PM Dr Mohd Yusof sampaikan jam sudah 1150 pagi.  Saya terpaksa minta diri .. keluar dari dewan syarahan kerana pelanggan saya 100 orang sedang asyik menunggu ketibaan saya di FSKTM .. 500 meter dari bangunan Library ini.

So secara matematika saya berkesempatan mendengar syarahan 20 minit sahaja.  Walaupun syarahan itu … ada mempunyai banyak  mutiara mutiara berharga untuk saya gunakan bila saya bergelar warga tua nanti ….  saya terpaksa melupakan semua mutiara mutiara yg ingin ditaburkan oleh Penceramah yg bijak bistari.  Kesalan / terkilan saya ..  kalaulah program itu bermula tepat pada masa 1100 pg sebagaimana yang diwar-warkan oleh Urusetia Program Syarahan Perdana ini ..sudah tentu saya dapat lebih banyak mutiara mutiara dari PM Dr Md Yusof.

Alahhh ..apa kan daya ..  cara warga Malaysia membaca jam/ waktu bukan setepat .. orang British membaca .. jam di lengan masing-masing.

Pada sebelah petang  ..aku gi Meeting ALUMNI / CAPS .. orang besar  ada menegur staf-staf .. ada staf  yg anti-establishment   pada jam 230 ptg di Bangunan Pendaftar Tingkat 3..  ..  mungkin saya salah seorang dari nya kot.  (ha..ha)
TEraso hati jugoklah .. kawe ini.

Aghhh ..  apa leh buat.  SElama ini aku mengajar matematik sahaja di sekolah, politeknik , fakulti dan banyak lagi tempat di mana saya dijemput sebagai penceramah.  Falsafah Pendidikan Matematik ialah ketepatan, kejituan dan kebenaran.  Moral value dalam Pendidikan Matematik ialah .. jika berhutang duit dengan orang , sila bayarlah ikut waktu yg telah dipersetujui ramai.  Betul tak?   Orang macam aku .. mungkin menyusahkan orang ..  jam 1100 pagi , jam 1100 pagi lah .. kalau tidak .. wat apa pakai jam yang mahal mahal itu.  Baik pekongg (lontar) jer jam mu ke bawah .. mu tok reti tengok jam rupo nyor.  Aduhai.

Dalam universiti, warganya orang orangnya pandai pandai.  Nama setiap staf akademik sangat lah panjang.  Tak cukup dengan Nama sebenar mok ayah we .. tamboh pulok dgn DOKTOR lah, INseniur lah , Prof Madya lah , Profesor lah ..  waduh waduh waduh.  Glamour!   Ramai berkelulusan luar negara, dalam negeri dan rata rata lah.  Alangkah bagus jika  orang pandai serupo kito pun mahir membaca waktu sebenar  jam .. SEsi Ceramah ini bermula dari 1100 pagi hingga 1200 pagi.

Kalau kita tidak mahir membaca waktu jam , apa lah yang nak diharapkan sangat dari orang orang kampung termasuk warga emas di kampung yang cepat sangat terasa hati itu.  He..he..

mu raso guano ..  sahabat-sahabat  ku?

**   Aku gi ke program itu kerana aku tertarik dengan cara Urus Setia menulis jangka masa .program Syarahan Perdana 4/2012 itu sahaja.  Tobat lillah .. cara dio oren tulis itu .. aku suko benar .. jolor kor?

Aku nok tengok ..   jolor kor ..  program itu .. berjalan tepat pada masa nya?

He..he..  terbukti .. terbukti ..   mana ada ..program di Malaysia , negara islam contoh seluruh dunia ..boleh start program tepat pada masa nyor.


Pikir pikir ku ..  baik kito tulis .. program ini akan dijalankan dekat waktu Zohor jam 0108 minit tengah hari.

Jika ada kelapangan  saudara - saudari / sahabat sahabat bijak bistari ..  mari awal sikit deh?

He..he..  ( aku rasa .. ok sikit lahhhhh kot)…  Maaf ..  maaf ..   kalau kito tok leh buat sesuatu dari ini ..  nok harap siapa lagi ..?

Sekian.  Saya memohon maaf dari hujung rambut ..hingga ke tapak kaki ..  aku.  Tok lama lagi saya akan dikategorikan sebagai ahli warga emas juga.  Didoakan jika orang ajak kuliah subuh jam 0600 pagi .. saya dapat mengambil bahagian tepat jam 0600 pagi Subuh di Masjid Besar MUhammadi Kota BHaru, Kelantan. Susah sangat kor?

Wallah hu aklam

p/s:  kito tok leh berubah sapa bilo bilo .kerana sikap (attitude) kita mendewa-dewakankan istilah ‘MAAF ..maaf …maaf ..MAAF terlambat tadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii’.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/pasca-talk-warga-emas.html