warga muda dan tua


Update terakhir:

Salam and a very Good Morning.

Syukur kita hidup lagi pada pagi ini. Ada kalangan kita bergelar warga muda (pelajar) dan warga tua (emas). Semua bangun tidur rasa sihat, bahagia dan cukup ceria.  Nasib baik tuhan jadikan malam dan siang.  Waktu malam kita tidur dan waktu siang kita mencari punca pendapatan (pekerjaan).   Dengan cara begini, insyallah kita sihat dan boleh memainkan peranan.

 Alhamdulilah.

Pelajar gembira berada di universiti buat kali pertama dan warga kerja merasakan bahagia kerana minggu depan minggu gaji.

Di malaysia, majoriti pegawai yg bekerja kerajaan didapati bekerja kuat kerana seronok membayar pelbagai hutang iaitu hutang rumah, kereta, kad kredit dan menghantarkan wang kpd anak anak yg sedang melanjutkan pelajaran tetapi jauh di mata ibu dan ayah tercinta.

Dalam kalangan masyarakat melayu khususnya, bila sebut sahaja ‘tua’ istilah ini merupakan motivasi untuk terus hidup berpanjangan. Kata lawan istilah tua ialah istilah muda.

Kerajaan cukup prihatin dgn cara cara kehidupan penduduk muda di negara ini. Mereka adalah bakal pemimpin negara.  Bagus mereka, baguslah pemimpin kita pada masa hadapan.  Oleh itu, mereka dibekalkan berbagai - bagai peluang pendidikan dan juga peluang pekerjaan. Bila ada pekerjaan mereka boleh masuk meminang anak dara atau janda orang. Betul tak?  Tetapi zaman sekarang, ada juga , pengantin lelaki belum bekerja pun ditaja oleh orang tertentu untuk memasuk meminang dan terus khawin.  Bahagia sungguh zaman la ni.  Tuah badannn, kata orang?  Tetapi bagi kebanyakan muda mudi lain, tanpa pekerjaan, payahlah kita nak merasa nasi beriani gam special diri sendiri.

Di samping itu, kerajaan turut juga prihatin dgn warga tua di sini. PERTAMa pegawai yg sudah berumur 50 hingga 60 tahun, kerajaan meminta mereka bersedia untuk dibersarakan.  Warga tua lelaki tetapi beristeri muda pun , pihak kerajaan cukup sangat prihatin. Contoh perkhidmatan ‘servis’ hospital untuk warga tua ini maklumlah pasangan mereka jauh lebih muda dari mereka.  

Pendek kata, kita beruntung besar berada di Malaysia ini.  Oleh itu, bila sebut sahaja istilah kerajaan ..tolong ingat sedikit jasa kerajaan kpd kita dan anak anak kita semua.  Pertama, anak anak kita ditaja oleh kerajaan untuk berkursus di politeknik dan universiti(KPM). Mereka ditawarkan pekerjaan dlm sektor kerajaan jika mereka cukup syarat dan layak diserap masuk ke dalam skim perkhidmatan kerajaan. Untung sangat dikau.

Kedua, pegawai dlm zon rambut warna keemasan/ keputihan, sebelum bersara , mereka dihantar berkursus persaraan. Macam macam dikau untung. Boleh tahu sedikit sebanyak langkah persiapan untuk bersara.  Mengikut statistik, faktor faktor penting yg dipandang besar oleh pesara ialah sihat tubuh badan, ada pencen, ada kasih sayang dari anak anak, ada hidayah dan taufiq untuk menjalankan suruhan agama, perasaan gembira, tiada masalah, tidak kecewa, keadaan tempat tinggal , tidur, jiran dan memenuhi masa lapang. (Mohd Yusof Hadi, 2012).  Oleh itu, kenapa dok asyik pandang serong kpd kerajaan? If dikau mati pun, pencen kau dikreditkan ke dalam akaun bank isteri muda mu dalam jangka masa ‘within a short time’. Nok mintok gapo lg demor?

He He.
Jgn cakap tidak baik lagi pasal kerajaan.  Marah besar tuhan kita.  Tak malu kau?

Terima kasih Malaysia.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/09/warga-muda-dan-tua.html