What on earth you want more ?


Update terakhir:

Salam

Di ruangan terhad ini , izinkan penulis memberi input berkaitan dengan kehendak-kehendak  setiap 3 ahli bangsa utama negara ini berkaitan dengan kehidupan harian , ekonomi dan masa hadapan mereka masing-masing.  Saya terpanggil setelah membaca akhbar harian pada 6 MEI 2013 baru baru ini bilamana Gelang Patah dan Kota Melaka jatuh ke tangan PKR.  Saya cuba menurunkan dua buah rujukan bagi menyokong penulisan ini.  Harap membantu.  Bacalah.

Bismillah hi rah man nir rahimmm.

  Apa engkau mahu?
Orang melayu mahu apa:·          Tampuk kekuasaan Negara, negeri, daerah, Bandar dan organisasi akan selalu berada di bawah tangan melayu kerana Negara ini bergelar Tanah Melayu.  Otak orang melayu dididik sedemikian rupa tok nenek dan alim ulama bahawa tanah tempat mereka berpijak ini adalah tanah melayu.  Ada banyak kesamaan dengan falsafah asobiyah arab di padang pasir sana.·         Duit -  anak anaknya senang menjalani kehidupan berpaksikan duit.  Jika mahu menyambung pengajian, orang melayu mahu ada duit sendiri atau paling tidak dibantukan oleh kerajaan.  Melayu banyak memerlukan berbagai jenis tongkat kerajaan.  Subsidi dan ptptn.  Sebab itu .. minuman tongkat ali dan kachip fatima .. sangat laris dalam kalangan masyarakat melayu ini.  Intipati ialah istilah ‘tongkat’.·         Keluarga bahagia -  salah satu factor kebahagiaan ialah ketua ketua keluarga melayu mempunyai cukup duit untuk menyara keluarga mereka dalam makan minum seharian, minyak petrol untuk dituangkan ke dalam keretanya untuk maksud pergerakan ke pejabat/ tempat mencari rezeki halalnya, ada duit untuk ke hospital dan klinik, ada duit untuk maksud kenduri kendara dan majlis orang mati.·         Kesihatan yang baik·         Dapat menjalankan amalan agama islam dengan keadaan selesa dan gembira·         Kebahagiaan·         Keseronokan (joy;  enjoy)  after happiness comes joy.·         Mati dalam keredhaan Allah tuhan semesta alam.  Untuk itu orang melayu mahu satu kawasan perkuburan khas untuk dirinya bersemadi.  Bila datang hari raya, senang keturunannya datang untuk menziarahi pusaranya.  Al Fatihah untuk diri si mati ini.·         Keluarga yang baik, berstatus mulia.  Jangan kasi malu keluarga mu sendiri wahai anak melayu. Ini pesanan arwah ayahanda Syed Mokhtar Al Bukhari dalam (Mohanlall, 2012)

Orang cina pula apa mau hah? Jawapan ada di bawah ini:
·         Mereka mahu duit sebanyak-banyaknya kerana mereka menggangap jumlah kuantiti duit sebagai satu lambang kekuatan mereka.  Oleh sebab itu semua ahli keluarga cina bekerja mencari duit dan makan.  Orang cina muda sihat mencari duit dan orang cina tua tak berapa sihatpun .. mereka sedang mencari duit siang dan malam. ·         Mereka mahu juga tampok kekuasaan Negara ini dikongsikan bersama sama.  Kalau dulu semua kawasan Negara ini dibawah kerajaan bangsa melayu sekarang dengan ada konsepnya 1Malaysia, 1Jari telunjuk  di mana kita mengajar orang cina mahu juga 1kekuasaan.  Aku mahu 1 kawasan jugak.  Contoh ..  Gelang Patah, Johor  dan Kota Melaka la ni semua di bawah kekuasaan orang cina kerana melalui politik demokrasi. Terima kasih 1Malaysia!  KIta tengok ..pada PRU14 sama ada orang melayu boleh tawan tak ..  kawasan kawasan ini.·          Pelajaran dan pendidikan -  menggunakan bahasa ibunda mereka.  Ramai keluarga cina beranggapan sekolah kerajaan sekarang adalah sekolah agama islam/ atau sekolah berpaksikan cita rasa islam , nilai-nilai kehidupan dan motivasi islam.  Prestasi matematik  dan sains dalam kalangan pelajar umur 11 dan 14 tahun di negara ini jatuh menjunam dalam laporan TIMMS 2003 dan 2007 jika dibandingkan dengan prestasi matematik dan sains negara Singapura dan Korea Selatan.    Oleh itu, secara sukarela mereka menghantarkan anak anaknya ke sekolah cina (SJK) atau cina swasta.  Rujukan:  Sunday Star 19 may 2013 ‘Bring back English schools’ by Wong Chun Wai.  Page 19. Focus.·         Hidup aman dan damai.  Bisnes mereka berjalan lancar sepanjang zaman dibantukan oleh system kepolisan dan ketenteraan Negara kita yg ada.  Opps .. polis dan tentera ramai dari bangsa melayu.  Bagus .. orang melayu tinggi setiakawannya .. bergadai nyawa untuk mempertahankan keselamatan negara ini.  ·         Sector ekonomi diterajui oleh orang orang pandai berterunan cina. Contoh:  kedai roti gardenia.  Teknologi pembuatan roti begini dipelopori oleh orang cina.  Melalui rangkaian perniagaan cina, ramai orang melayu Kelantan yg baru turun dari masjid jam 0600 pagi pun dapat menikmati roti bakar cina, jam kaya cina dan marjarine cina.  Begitu juga teknologi pembuatan minyak , air wangi di mana tauke tauke besar adalah berbangsa cina.  Di sebabkan factor ini, ramai orang cina sanggup menghantarkan anak-anaknya ke luar Negara seperti England, France dan Amerika Syarikat kerana .. melalui pengajian dan penyelidikan di sana, mereka mampu memberi trend terakhir dalam apa saja bisnes, teknologi dan ekonomi di Malaysia. ( Leibovitz dan Miller, 2011).  Orang melayu ..turut sahaja.  Atau kata lain , orang melayu suka menyokong jualan jualan orang orang cina ( Mahanlall, 2012).·         Kebahagiaan.·         Tanah kubur cina mesti ada  contoh di kawasan pekan Air Molek, Melaka.  Jerak cina besar punya.

Orang India pula .. ·         Mereka mahu duit juga.  Duit di sini adalah duit yang mana orang melayu dan orang cina terima dan gunapakai.  Disebut RM = ringgit malaysia.·         Mereka mahu anak anak mereka bersekolah tinggi untuk jawatan doctor, akauntan, lawyer dan macam macam lagi.  Di peringkat awal persekolahan, ada SJK Tamil.  Sayang betul mereka kepada bahasa ibunda mereka. Syabas!·         Mereka pun mahu bisnes juga.  Tengok Little India ..  di Bandar Klang, Selangor.  Bukan setakat banyak kedai menjual alat alat sembahyang orang Inda.. tetapi kedai kedai ini juga ..  mengeluarkan satu bau ala Madras dan Bombay sana.  Tengok pilihan warna klasik orang India. Semua ada di Klang sana termasuk cepati dan kuah dal… orang melayu tukang beli dan makan sahaja.  Sambil korek korek lubang hidung, mereka sental roti canai dan kuah dal .. semua resepi India.·         Tompok kekuasaan politik .. mereka pun hendak juga.  Contoh Slim River di Perak.  Tanya Dato’ Seri Sammy Vellu mantan menteri kerjaraya ..bikin jalanraya, lebuhraya, bangunan pencakar langit…  lama lama mungkin idea Sammy Vellu .. ramai pendatang asing dari India / Bangladesh/ Sri Langka/ Tamilnadu semua ada di negara ini terutama di pam pam stesyen minyak Petronas dan Shell Malaysia.  Jika tidak silap ..statistik terakhir .. musim PRU13 .. populasi orang orang asing sudah melebihi 3 juta orang.  Masya allah!   ada sesetengah mereka mempunyai kad pengenalan biru macam si penulis blog ini.  Mengikut buku Mahandall (2012) , Malaysia merupakan sebuah negara di dunia ini yang paling senang .. dapat kad pengenalan biru apatah lagi dekat dekat dgn musim pilihan raya .  Bila ada kad ini ..  ramai mamak bangla boleh beli kereta Proton dan beli aset lain di negara ini.   Yang bestnya .. ada pendatang asing boleh khawin campur dengan orang melayu Sabah dan Serawak sana.  Walaupun pendatang asing ini mempunyai isteri dan anak anak mereka yg ORIGINAL di kampung halaman ..  wanita Sabah dan Serawak .. sudah boleh ditawan dengan mudah oleh mat-mat bangla. Aduhai ..  sakitnya jiwa kita.  Umpan panching pertama ialah karpet murah-murah untuk menyambut Aidil Fitri sana.  Tak lama dah 2 bulan lebih lagi kita pakat pakat ber raya.  

Sekarang Budak budak melayu lepasan SPM/ STPM/ Matrikulasi  KPM berdilema ·         Mereka mahu mengikuti kursus professional seperti lawyer, akauntan, jurutera, doctor, dentistry, akitek, farmasist,  guru-guru, pensyarah university IPTA atau IPTS
Tetapi ibu bapa melayu mereka yang berumur  45 – 80 tahun fikir lain pula dan berkuku besi waja pula .
·         Mereka mahu anak mereka menjadi guru macam mereka.  Why?  Banyak Tanah ada ini.  Mahu anak anak bikin rumah dan duduk berdekatan dengan mereka maklumlah .. mereka pun sudah tua dan selalu sakit sakit kepala.·         Mereka mahu anak mereka menjadi pegawai kerajaan sahaja kerana ..  jawatan tetap dan berpencen.  Keselamatan anak anak dara mereka terjaga dan terjamin.  Boleh buat pinjaman perumahan dan buat banglo besar 3 tingkat kat dalam kampong kita.  Oleh itu guru guru melayu bersusah payah memohon pertukaran saban tahun dengan KPM supaya mereka dapat bekerja sebelah dengan rumah tok nenek mereka. Senang .. mereka boleh pelihara kambing dan biri biri sama sama. Habis buku sekolah budak  berbau kambing/ biri biri sana kerana ada guru perah susu kambing sebelum datang ke sekolah.  Susu kambing =  sihat,  pa? ·         Kalau anak tak ikut kata mereka .. maka mereka akan panggil  ustaz dan to’ lebai beri sedikit tuisyen kat rumah kpd anak anak menantu mereka .. dan dari sesi kaunseling ini  yg berakhir dengan ‘syurga di bawah tapak kaki ibu anak …wehhh..’. Oleh itu objektif eksplisit ibu bapa melayu ialah ..anak anak mereka akan mendengar kata mereka sepanjang masa 24/7 ·         Kalau tidak ..tengok ayat .. ini.  Kau anak derhaka!  Anak derhaka .. masuk neraka.  Aduhai!·         Oleh sebab itu ..jika saya tanya ..  mahasiswa tahun pertama pengajian ijazah pertama .. mengapa awak ikuti kursus pendidikan teknik dan vokasional  ini?  Jawapan diberikan ialah .. ibu ayah saya suka.  Bagaimana kamu pula?  Jika ayah ibu suka .. saya pun sukalah.·         Oleh itu sekarang pada bulan May 2013 .. mengikut UPU , semua jurusan kedoktoran, perguruan ..semua dah penuh …kursus kejuruteraan pun sama juga .. yang tak ada takers ialah ..jurusan buat roti gardenia , jurusan buat serbuk kopi segera.. 3 dalam satu  dan tukang buat cerita seronok seroniii  dalam TV3, ASTRO sahaja.  Dengan sebab itu, orang cina membuka rangkaian IPTS .. untuk anak anak generasi cina dengan menawarkan kursus kursus pemasaran, e-bisnes, broadcasting, communication, creative arts, visualization 3D, top up DIGI  dan lain lain lagi.  Oleh sebab itu … tukang membeli tetap ialah orang melayu ( Syed Bukhari, 2012) sedangkan tukang buat , tukang cipta beranika jenis perniagaan baru ..semua sedang diterokai ..oleh bangsa bangsa asing seperti Cina/ India.  Mereka dapat duit lebih banyak lagi dari kita ..orang orang melayu Beragama.  Syabas!  Orang cina tak sibuk pasal status dan bergaji tetap macam orang orang melayu kita.  Yang penting otak orang cina ligat ..mengeksploitasikan  kelemahan dan cita rasa orang melayu kita.  Disebabkan keligatan otak cina .. anak anak cina berduyun duyun menaiki pentas konvokesyen rata riti university di negaro kito.  MUET Band 3 mereka jauh lebih berehhhh dari anak melayu kito.  Syukurlah ..  1Malaysia.  
Akhir kalam.  ..  Dalam keadaan melayu masih kuat beragama dan berpegang teguh dengan idea ibu ayah mereka, kaum cina/india mesti  pantas mengorak langkah ..  menerokai banyak bidang perniagaan itu dan ini dalam negara merdeka ini. Apa lagi kamu mahu?
Sekian.  Wallahu aklam,
Renung-renungkanlah nasib melayu kita 10 ~ 100 tahun dari sekarang.  Masih ada lagikah bangsa melayu seperti Dato’ Syed Mokhtar Al Bukhari (Alor Star, Kedah)?  Orang kelatan kata dio bara (kacukan).  Entah .. lah.
Rujukan:Mohanlall, P.(2012).  Biografi Syed Mokhtar Albukhary.  Terjemahan.  Petaling Jaya:  pVm communications sdn bhd
Leibovitz, L. and Miller , M. (2011).  Fortunate sons.  USA:  Norton.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/what-on-earth-you-want-more.html