What your daddy is thinking hard now


Update terakhir:

Salam

Ada 3 event besar semalam dalam kehidupan saya.

Pertama ..event di waktu pagi ..kami ke Kepala Batas ..  menghadhiri program keibubapaan cemerlang.

Di sini kami dipertontonkan klip video ..budak melayu merempit dan berpelisiran lelaki dan perempuan sehingga banyak kes berlakunya .. anak luar nikah dibuang di merata tempat di negara ini.

Kedua .. event selepas maghrib.  Rezeki kami di rumah saudara islam dari Turkey.  Kami dijamu dengan penuh muhibah dan bahagia masakan dari dunia mediterranean walaupun kami berada di Pulau Pinang sahaja.

Ketiga,  ..saya terjaga dari tidur jam 0400 pagi ..dan merasa ..  tuhan telah menghadiahkan kepada saya sekeluarga ..banyak nikmat dan kebaikan yg tak terkira banyaknya. Saya menyebutkan perkara ini kepada isteri.   Bayangkan .. isteri sahabat saya itu baru jer 35 hari bersalin .. tetapi dia tekun dan sanggup bersusah payah ..menyediakan makanan turkey demi semata-mata untuk kami berdua.  Kesungguhan ini hanya datang jika tuhan menggerakkan hati seseorang untuk berbuat demikian.  Subhanallah!

  1.  Jom kita terjun ke perkara paling penting ..

saya rasa sistem pendidikan negara sudah gagal dengan teruknya.

Sistem Pendidikan dan kurikulum ..  yang terbaik seharusnya mengeluarkan pelajar yang cemerlang dalam banyak bidang bukan 1 atau 2 bidang sahaja.

Sistem Kekeluargaan Melayu islam pun ..nampak gayanya ..  hancur dengan .. peristiwa ..  anak luar nikah, melayu merempit, menghisap dadah, vape dan ..  mengganggur di sebuah negara yg kaya serba serbi.  Kalau tak kaya, tak kanlah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Hj Mohd Najib sanggup membawa masuk 500,000 pekerja Bangladesh dan 3000 pekerja Syria tidak berapa lama lagi.  Mereka datang untuk bekerja dan hasil pekerjaan ialah duit upahan untuk dihantar pulang terus ke negara masing-masing.  Dalam keadaan begini , anak anak tempatan kehilangan punca hidup dan peluang pekerjaan.

Satu satu sistem itu gagal kerana pemain utama itu sendiri gagal termasuk saya ..gurunya.

Astaghfirullah.

Jika pekerja hanya bermatlamat bekerja hanya untuk duit sahaja ..  maka niat ini samalah 100% dengan niat orang orang kafir di Paris, London dan New York bekerja.  Oleh sebab nai wai tul kita sama,  semua masalah di barat sekarang telah mula berpindah ke sini dengan lajunya dengan bantuan smart phone, media siber dan mcm mcm.

Siapakah pemain utama itu?  guru, ustaz, ustazah, guru besar, pentadbir, pengarah pendidikan , pengarah kurikulum, pengarah peperiksaan  dan ..  Menteri Pendidikan kita …

Saya berpendapat .. manusia di sini seperti sebuah tong hitam yang besar yang mana ia mampu menyimpan semua benda yang dicampakkan ke dalamnya.  Sekejap bercakap tentang agama, puasa, akhlak, solat .. sekejap lagi kita bercakap tentang sukan dan hiburan ..  berkelah, melancung, camping, summer camp ..
wal hasil ..

kita mahu semua sekali dalam tempoh 24/7  ..  yes ..kita simpan ke dalam tong berwarna hitam.  Disebabkan perkara ini,  ramai guru yang telah mengalami unsur unsur murung, stress, darah tinggi, dan semi-gila.  Orang atas tahu beri arahan jer .. kita di bawah .. dia tak tahu ke?

Bayangkan ..apakah hasil campuran semua itu .. dlm tong di atas?  Kalau bahan bagus dimasukkan ke dalam periuk sekalipun tetapi tidak diproses dengan baik ..  tanpa penghayatan yang baik ..sudah tentu ..kita tidak boleh mengharapkan ..sesuatu masakan yang terbaik dan enak.

Hasilnya ..ialah apa yang saya tulis di atas.  Mat Rempit, pelajar perempuan berpelisiran ..dan macam macam gejala tidak sihat di sisi Allah Azawajalla.(Rujuk: slide ppt Dr Shukri Abdullah di Dewan Milenum Kepala Batas 23 Nov 2015 900 pagi - 1 ptg).

Ini ditambahkan pula dengan krisis rumah tangga ..  suami dan isteri tidak menjaga solat 5 waktunya ..  tidak melibatkan diri dalam pengajian Al Quraan, al hadith, makan asing asing .. tidur lewat , bangun lewat , suami tak berkerja ..sedangkan isteri berjalan kaki berkilo meter jauhnya , isteri membawa kereta jauh jauh memasuki pusat ibu kota, ..mencari rezeki untuk anak anak.  Ada orang sibuk mencari anak kucing Persia yang mahal tetapi mereka tidak sibuk langsung pun jika anak anak perempuan mereka sendiri tidak pulang-pulang  ke rumah malam tadi atau banyak  malam yang sudah-sudah.  Dasyat!  50 anak luar nikah sejam berlaku di negara ini . (Rujuk: slide ppt Dr Shukri Abdullah di Dewan Milenum Kepala Batas 23 Nov 2015 900 pagi - 1 ptg).

  1.  Cara terbaik menyelesaikan ini  ialah ..  kita kena fikir iman dan amal (dakwah sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w).  Kita kena buat secara beramai ramai.  Jamaah fikir dan iman dan amal.  Saya seorang tak terdaya.  Bala datang bertubi tubi , bertali arus .. tak kan saya seorang jer ..  nak usaha melawan gelombang maksiat ini bang?

Kita kena fikir taqwa (takut kepada tuhan) sepanjang hari.  Taqwa boleh dibina dengan adanya ilmu dan ilmu boleh diamalkan jika ada dakwah.  Bila dakwah dihapuskan ..  amal dan ilmu terus hilang dari sesebuah negara ..hatta ..sesebuah keluarga alim sekalipun.

Ini berlaku bila suami / isteri ..tidak bertaqwa.  Tidak beriman, tidak menjaga hak anak anak di bawah tanggungan mereka .. tidak mengambil tahu perkara yg berlaku di sebelah rumahnya sendiri ..

Dalam dada akhbar ..kita sibuk menyebut Israel itu zalim yg melampau lampau ..tetapi dalam sesebuah rumah tangga ..jika ayah tak kejut isteri dan isteri tak kejut anak anak untuk solat subuh ..  ini pun satu kezaliman yg cukup terang ..kerana balasan orang meninggalkan satu solat ialah 80 tahun dalam neraka dan 1 hari di neraka bersamaan dengan 1000 tahun di dunia fana ni.  Di dada akhbar, kita menuduh orang zalim itu dan ini ..sedangkan ayah melakukan zalim kpd isteri dan anak anak ..  pihak masjid qariah tak sibuk pun.  Ajaib?  Bila bercerai ..jika si suami tidak menunjukkan batang hidungnya di Mahkamah Syariah untuk proses ..cerai dan tuntut nafkah secara baik dan teratur ..ini pun satu kezaliman yg cukup nyata dan terang.  Tetapi pihak berwajib tak serious pun ..  menangkap suami yg zalim itu . Ada suami / isteri tendang isteri/suami kerana perkara remeh temeh seperti menggoreng kepala ikan kering tersilap garing sedikit jer hari itu.   Agak agak mengapa yer tergamak suami menendang isterinya?  Mesti binatang ini!

Ini berlaku bila negara di beri suntikan hiburan dan sukan yang melampau-lampau tak kira waktu siang mahupun malam secara langsung..satu hari, satu minggu , satu bulan dan satu tahun.  Dunia laro telah melanda negara.  Remaja menari, menyanyi dan warga special emas pun sibuk bertanding menyanyi dan menari. Ironinya perempuan bertudun pun dok asyik gelak ketawa walaupun langit sudah berubah warna ..maghrib menjelmalah. [ lara   =  lalai ]

Bila selebriti lebih dikenali oleh anak anak muda melayu kampung ..melebihi pak imam masjid, mufti , alim ulama, pak guru, ibu bapa sendiri, buku  ..  maka ..  satu negara dihancurkan dengan barah rasuah, tipu daya, pembunuhan, kezaliman dan ..  hancurlah negara ini seperti hancurnya negara yg telah dibom oleh pihak kafir pada satu masa dahulu di timur tengah.

Itulah kesudahannya.

Mahukah ..ini berlaku?

Kalau saudara saudari budiman tidak rela ini berlaku di negara ini ayuhs .. .kita mesti mengambil bahagian dalam dunia dakwah dan iman amal selagi hayat dikandung badan - seperti apa yg dilakukan oleh jamaah dakwah tabligh di seluruh dunia. Tempat terdekat di negara ini ialah di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.  Mereka mencuba sedaya upaya mungkin untuk menarik rahmat, berakah , pelindungan dari Allah Pencipta sekelian Alam untuk mereka dan diri tuan tuan sekelian.  Satu pagi dan satu petang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.  (Sohih!)

Tukar kerajaan?  mampukah ..  ada ilmukah … ada taqwakah kita …
Tanda jelas orang tak yakin sistem di atas ialah ..pihak profesional sudah mula menghantarkan anak anaknya ke sekolah sekolah tahfiz secara beramai-ramai.  Itu baru orang yang memikir masa depan anak kesayangannya.  Orang cina pun ..tak seronok dah .. nak menghantarkan anak anak mereka ke sekolah kerajaaan ..sebab itu ada sekolah kebangsaan vernakular seperti SRJK (C) dan SRJK (T) di negara ini.  Anda tak perasan ker?  Mesti ada benda yang tak kena ini.  Belajar Bahasa Inggeris 11 tahun ..yang tahu hanyalah …  he..he..he… dalam FB masing masing.  Mendengar lagu BI sepanjang hari dan malam ..  menulis satu paragraf esei B.I pun tak bereh bereh lagi ..  aduhai.  Banyak duit abah/ mak dah habis nih.

Allahu Akbar!

Wallah hu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/11/what-i-thinkk.html