why all this writing


Update terakhir:

Salam

Hidup ini pinjam pinjaman. Tidak ada yang kekal buat selama lamanya.

Contoh jawatan Gabenor Bank Negara.
Dulu ada jawatan
Sekarang orang lain pula menjawatnya. Silih berganti.

Sekarang kita melihat kepadavsatu perkara mengapa penulisan ini dilakukan.

Sebagaimana tuan sedia maklum

Tak lama lagi pilihanraya serawak akan berlangsung. 7 Mei 2016. Rasa rasa menang B.N dah

Mengapa?

Mengikut lazim, P.M memberi banyak hadiah bila dia ke sana sini dlm rangka lawatannya ke kawasan kawasan pendalaman negeri.
Seronok jika duit bukan mak bapak kita.
Beri dan terus beri. APA dia susah bukan?
Belum apa apa, kepala negara terus memberi.
Dengan duit, rakyat cukup gembira sekali.
Ramai orang kampung menyayangi memanda.
Mereka sanggup buat apa saja bila dihadiahkan wang dan projek itu ini. Itu formula BN selama ini. Payah nak tandingi sifat pemurah memanda kita.

He he he. Best jadi ketua negara.

Aku?

Aghh tidak bisa itu bapak ibu.

Aku hanya boleh menulis. Tidak banyak duit yg mampu aku hadiahkan kepada orang yg aku paling senangi bergelar students atau sang pelajar nun jauh di sana. Selain doa dari ku, ini sahajalah yg termampu aku lakukan untuk mu. Tak banyak tetapi adalah wahai anak anak yg bertungkus lumus itu dalam negara sejuk, bersalji dan ada yg belajar dlm negara panas seperti Australia, New Zealang pada saat ini.

aku catit sekadar termampu.  Semua bermodal sebagai awal bicara. Kebanyakkan hasil pengalaman aku semasa belajar GCE A Levels, Degree, Masters dan liku liku pengajian di peringkat phd.  Rasa rasa ku tulis secara percuma. Insya allah lillahi taala. Muga muga menjadi modal kecilku di dunia sana.

Jika ada students di Amerika membaca hasil catitan ini,
Syukurnya aku apatah lagi jika mereka mengamalkan apa yg dibaca.

Begitu juga jika ada students di Russia, Eropah, Brunei, Indonesia dan seluruh dunia.

Jika mereka membaca dan mengamal 1 perkara dari ribuan topik yg dibincangkan di sini, itu sudah cukup untuk si penulis.

Apatah lagi jika mereka menceritakan hasil bacaan ini semua kepada orang lain tanpa mengenal bosan dan jemu.

Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

Begitulah dahulu wahai pembaca.
if bagus, bacalah
if boring, apa boleh saya buat.

saya mohon maaf jika ada yg tak kena
maklumlah aku menulis  tanpa dipaksa. Bila rindu mengajar, aku menulislah. Kadang kadang 5 minit pun aku berkarya. Kadang kadang berjam jam seperti tajuk  concluding chapter 6. Tesis phd.

Sekian wahai anak. Teruskan perjuangan itu.
selagi engkau keluar mencari ilmu dgn niat yg suci, selagi itu Allah memandang mu dengan penuh kasih sayang. Percayalah. Janji Allah semua benar
janji manusia tak tentu lagi.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/why-is-this-writing.html