Why itu macam?


Update terakhir:

Salam.

Sekarang dunia orang melayu sudah berubah dari teruk kepada keadaaan parah. Dada akhbar saban hari membawa khabar bahawa masyarakat melayu semakin tamak dengan kuasa dan harta. Ada setengah-tengah mereka sanggup buat apa saja asalkan kemahuan nafsu mereka tercapai.

  1. Semakin tua bukan semakin insaf apabila dunia kata pergi dan kubur kata mari. Melalui analisa, saya perhatikan bahawa setengah orang melayu mula lupa bahawa satu hari nanti mereka akan kehilangan segala-galanya. Bukan saja agama malah tanah air mereka sendiri. Pada masa itu, kita akan dilaga-lagakan oleh musuh dalaman dan luaran. Hairan kaum lain, jika berpolitik pun , mereka tetap bersatu hati di atas platform mereka adalah kaum lain di sini. Ini lain dengan orang melayu. Masing-masing menunjukkan kuku … tuduh menuduh dan kecam mengecam .. bagaikan lupa bahawa kita satu bangsa dan satu agama. Jika kita mati pun, orang kita juga yang akan menguruskan jenazah kita dan masukkan kita ke dalam lubang kubur.

  2. Betullah kata Tuan Guru, walaupun setiap pagi dari corong-corong radio dan TV .. orang bercakap tentang agama, bangsa melayu tetap hanyut .. apatah lagi bila satu hari nanti Bahasa Melayu digunakan di dalam kitab Injil dan nama Allah digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak kristian. Saya rasa generasi melayu iaitu anak cucu cicit kalian akan terus hanyut dan keliru. Apa tak kelirunya, sekarang pun istilah ‘seks’ disajikan kepada keluarga-keluarga melayu tidak kira masa. Perkataan air mani, DNA, alat-alat kelamin secara eksplisit disebut-sebut bagaikan .. kita tidak mempunyai agama, maruah dan kehormatan diri lagi. Dulu istilah itu diketahui/dipelajari di kalangan mereka yang akan mendirikan rumah tangga tetapi sekarang .. pihak pemerintah merasakan .. bahawa anak-anak mentah semuda usia 7 tahun mesti tahu juga .. semua istilah yang layak dipakai oleh orang-orang tua yang bertanggungjawab di dunia dan akhirat. Jika bala mendatang, pihak pemerintahlah yang menanggung semua dosa yang terpalit dek tingkah laku anak-anak muda zaman sekarang.

Astagh firullah hal azim. Sanggupnya pihak tersebut menghancurkan masa depan anak-anak bangsa sendiri. Pihak tertinggi agama seperti mufti, pak imam, pak lebai mesti berbuat sesuatu secara serios dan efektif. Tak kan disebabkan pangkat dan skim gaji baru dan terus terbaru .. kalian sanggup berpeluk tubuh sahaja. Buat sesuatulah tuan sebelum terlambat.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/03/why-itu-macam.html