Zaman moden wanita ideal
Salam
Saya sedang membaca sebuah buku mengenai
Wanita ideal ( contoh ).
Tengok pada rubrik ..payah mencari wanita ideal kerana
Zaman sekarang bnyk berlaku perubahan
Dalam pendidikan dan cara hidup dan stail , habit dan citarasa dari pihak ibu ayah itu sendiri.
Mengikut kitab lama lama
Rubrik wanita ideal ialah
Kuat pegangan agama, berakhlak tinggi dan bermaruah.
Ada tu memasukkan pelajaran tinggi bersama sama.
- dulu wanita ideal khawin awal.
Umur 12, 13 tahun sudah berkhawin dan mula melahirkan anak. Mereka tak kesempatan belajar tinggi tinggi.
Sekarang berkat pendidikan
Wanita kebanyakkan berkhawin dlm lingkungan umur 20 hingga 35 tahun.
-
dulu orang suka wanita sebagai suri rumah tangga. Faktor kuat ialah mendidik anak anaknya.
Bila begini, semua duit
Si lelakinya yg cari dan mencari sampai dapat. -
Dulu ibu bapa kuat beragama. Waktu petang sudah ramai ke masjid.
Sekarang generasi moden tak kuat mana pun. Waktu nak maghrib ..sang suami cari parkir ..nak makan mcm mcm hasil tangan mamak ..rojak mee 1 mamak. Dekat dekat nak terlucut maghrib , baru siap makan mee mamak idaman semua dan terus pulang. Sampai rumah waktu isha' pun sampai.
Dulu jika ayah menegur isteri
Si ibu diam membisu.
Paling daring ambik bantal dan terus menangis. Pukul pukul bantal ..menyesal berlaki dgn orang balik dari Mesir. Banyak sangat pantang larang. Hasil ini, ramai profesor , big teacher, small teacher, pegawai kerajaan bertugas dari umur 25 hingga 65 tahun.
Bengkak mata sang isteri kena marah marah oleh sang suami. Jika sang suami pandai berpantun, berlagu …insya allah bengkak mata tak berpanjangan sangat. Esok pagi surutlah ia.
Sekarang jangan.
Silap silap si suami yg kena serang.
Siang kena, malam pun kena. Setiap masa kena. F2f kena. Off line pun kena.
Kemuncak anak anak melihat betapa susah ayah tidur dlm proton kat luar rumah jer.
Kasihan.
skill berlagu dan berpantun ambil hati isteri sudah lama hilang.
ada tu asyik merokok sahaja. Selepas sebatang sebatang mengenang nasib
untungnya badan. Rokok pun isteri belikan.
Berkat pendidikan
Wanita lebih berjaya dari lelaki.
Mereka punya cakap lebih kuat dan bergema di dapur, ruang TV dan bilik tidur.
Mengapa percakapan mereka kuat?
Senang jer jawapannya.
Mereka bawa banyak makanan pulang ke rumah dan terus meletakkan makanan di atas meja.
Anak2 sokong ibu 200% kerana ibu mereka
Memang hebat dari ayah. Siang hari ibu nampak hebat. Malam pun tetap hebat. Ayah nak solat maghrib dan isya di masjid surau pun kena rujuk kpd ibu. Bayangkanlah… sedangkan emak kau 5 hari dah tak boleh sembahyang.
kasihan.
- ilmu agama.
perempuan lebih tahu pasal agama islam dari si lelaki.
ada ayah tak boleh lagi membezakan air
mazi dan air mani di rumahnya.
Kenapa? Belajar setakat darjah 6, PMR, SPM sahaja mana boleh
tahan nak handle kerenah wanita graduat universiti. S2 bu ( sarjana di Indonesia)
Dulu ibu bapa selalu berada di masjid.
sekarang bukan begitu.
cakap ayah ibu kasar. Cakap atuk kurang adab.
macam mana anak nak hidup sopan dan santun.
oleh itu
wanita ideaL mempunyai bnyk definisi.
Akhirnya..wanita begini hanya mimpi belaka. Aku bermimpi. Jiran aku bermimpi. Satu kampung bermimpi. PM dan isteri pun bolehlah sama sama bermimpi.
penat membaca buku karya Syawana Aziz dgn tajuk Peliharalah dirimu wahai wanita. 250 muka surat ku selak dan ku baca habis licin.
Air mata mengalir mengenang nasib anak anak zaman sekarang.
kasihan?
so apa buat ni?
entahlah.
Ajak mereka di rumah untuk berubat di masjid, surau
alasan bnyk diberi.
Sibuk bekerja siang dan malam.
ibu bekerja.
suami kerja.
full time.
part time.
no time.
- mengapa ku tulis benda alah ini?
mengapa aku menyibuk?
jawapan ialah
syurga anak
di bawah tapak kaki ibu.
Kalau pembaca seorang wanita
jom tengok tapak kaki mu itu
ada bagus tak?
ada chance tak anak anak didik mu
boleh dibawa ke syurga.
Boleh?
Tepuk dada tanyalah diri masing masing.
- askar melayu ada sifat kepahlawanan melayunya
askar ghurkha ada sifatnya
askar komando green beret amerika ada sifat sifatnya
bagaimana dgn kita?
suami beragama islam
isteri beragama islam
tak ada ke sifat sifat terpuji yg boleh kita
ketengahkan dan gembelingkan untuk
membawa anak anak ke syurga?
pokok pangkal ialah iman kita semakin mengecut
tahap takut kita kpd tuhan semakin hilang, hilang dan terus hilang.
kita wajib buat sesuatu abang, adik, kakak ku
sekelian dgn tahap segera.
perlakuan muda mudi islam sudah sama dgn perlakuan tak senonoh penganut agama lain. Aurat rambut ditutup dengan cantik. Tapi aurat Aurat mukminah lain ditonjol sana dan sini.
astaghfirullah. Bnyk bnyk. Malunyaaaaa.. umat Nabi Muhammad penghulu sekelian nabi nabi.
tak takut mu?
jom kembalilah ke pangkal jalan.
Ayuh.
ya Robbi ..ampunkanlah kami. Kami buta Ya Allah. Kami main main dgn agamamu.
oh Tuhan ..berikan kami taufiq hidayah. Dapat mengenali halal dan haram.
Dapat yakin dengan seksaan api neraka. Tolonglah kami ini sebelum terlewat.
Ameen.
Biarlah penulisan ini membuka mata dan hati seseorang untuk bertAubat dAn kembali pd pangkal jalanmu ya Robbi.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/zaman-moden-dengan-wanita-ideal.html