Zikirullah pada pagi pagi jumaat ini
Salam
Syukur ..aku dapat menyertai jamaah solat subuh berjamaah hari ini. Ini adalah hadiah dari Khaliq yang agung bergelar Allah pada hari ini. Ada 3 baris penuh di masjik jamek Sg Gelugor. Kebanyakan ahli masjid adalah warga tua.
Ada orang kata ..ramai orang solat subuh di masjid. Alhamdulilah.
Tetapi aku jawab ..ramai lagi solat di rumah. Subhanallah.
dan aku tambah lagi .. ramai lagi yg tak leh bangun bangun untuk bersolat subuh di rumah. Betul tak? Astagh firullah. Peliknya .. untuk maksud bekerja , mereka dapat bangun awal tetapi untuk hari cuti .. semangat nak bangun pagi pagi begini tak sebegitu ghairah pun kerana .. mungkin mereka terlampau penat kerana keadaan trafik trafik jam berhari hari dari Isnin ke Jumaat ..sangka baik?
- Hari ini elok lah kita ..fokus berzikir .. ingat pada Allah seperti:
2.1 salawat kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. 1 kali salawat , tuhan hantar 10 kali salawat kpd kita semua.
2.2 membaca Al Quraan terutama surah Kaffhhh , Ya seen
2.3 istighfar (memohon maaf)
2.4 menadah telinga ..kpd tazkirah di masjid. Pergi 1 jam awal .. dapatlah mendengar ustaz memberi tazkirah. tetapi saya lihat ramai orang datang 2 minit sebelum khatib berhenti berkhutbah.
- pesan memesan kpd isteri dan anak anak - hari ini hari jumaat sayang .
3.1 memasak lauk biarlah special jgn sup daging jer …
3.2 sambil sambil masak , bersalawat dan berzikirlah bnyak bnyak (subhanallah, alhamdulilah dan Allahu akbar)
3.3 doa agar dari makanan ini , anak anak aku jd manusia berguna dan boleh membantu aku di waktu aku sudah tua
3.4 ajar anak dara ( tunggu result SPM . STPM) memasak, menyediakan makanan
3.5 ziarah ibu bapa, datuk dan nenek , saudara mara dan jangan lupa
3.6 bayar hutang itu cepat cepat (jika ada).
Sekian. Yang baik dari Allah dan yang tak baik .. saya minta maaf.
Wallahu aklam bis sawab
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/02/zikirullah-pada-pagi-pagi-jumaat-ini.html